BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 16 October 2011

Motion Train

Assignment 2

1. Hasilkan setiap imej pada layer yang berbeza.


2. Convert setiap imej yang telah dihasilkan kepada Grafik.



3. Pergi ke ruangan Timeline. Pada Layer, klik di kotak kosong di bawah frame yang bertanda 80. Kemudian right klik dan pilih Insert Frame. Ini akan menghasilkan 80 frames. Kemudian anda akan dapati ruangan di antara frame 1 sehingga frame 80 akan bertukar warna dari warna putih kepada warna kelabu. Ini menandakan bahawa kita telah menanda kawasan masa untuk membuat tugasan animasi kita , di mana animasi tersebut akan melakukan pergerakan bermula dari frame 1 sehingga frame ke 80. 



4. Seterusnya, right klik di mana2 ruangan frame di antara frame 1-80. Saya memilih untuk right klik pada frame 40, kemudian pilih Create Motion Tween. Didapati pada Timeline warna layer 1 telah bertukar dari warna kelabu ke warna biru muda.   


5. Seterusnya kita akan melakukan pergerakan (animasi). Saya akan membuat satu pergerakkan di mana Train tersebut akan bergerak dari kanan ke penjuru kiri. Caranya ialah dengan right click pada frame 80, kemudian pilih Insert Keyframe>Position.

6. Anda akan dapati satu garisan bertitik-titik anda muncuk. Garisan tersebut di panggil garisan laluan, di mana ianya menunjukkan pergerakan yang berlaku dari frame 1 sehingga frame 80. 


 7. Sekarang animasi anda sudah siap. Untuk melihat pergerakkan animasi tersebut, tekan kekunci Enter atau CTRL+Enter pada keyboard anda.

No comments:

Post a Comment