BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 9 October 2011

Week 3: Adobe Flash CS4

Type of Flash
1. Motion tween
2. Classic tween
3. Shape tween
4. Frame by frame animation


Membuat animasi Motion Tween menggunakan Adobe Flash CS4

1. Lancarkan aplikasi Adobe Flash CS4 anda. Pilih Action Script 2.



2. Dengan menggunakan Rectangle Tool, lukis bentuk segi empat di atas stage. Saiz dan warna mengikut kehendak anda.


3. Sekarang sila klik pada Selection Tool, kemudian klik pada objek yang telah anda lukiskan tadi.


4. Setelah double klik, anda akan dapati lukisan anda akan di isi dengan titik2 kelabu di keseluruhan  lukisan anda. Kemudian sila tekan kekunci F8 di keyboard anda.F8 ialah fungsi bagi menukar sifat objek anda. Apabila anda menekan kekunci F8, satu paparan akan keluar. Paparan tersebut dinamanakan sebagai Convert to Symbol. Kita perlu mengubah sifat objek tersebut ke dalam bentuk Simbol.



5. Pergi ke ruangan Timeline. Pada Layer 1, klik di kotak kosong di bawah frame yang bertanda 50. Kemudian right klik dan pilih Insert Frame. Ini akan menghasilkan 50 frames. Kemudian anda akan dapati ruangan di antara frame 1 sehingga frame 50 akan bertukar warna dari warna putih kepada warna kelabu. Ini menandakan bahawa kita telah menanda kawasan masa untuk membuat tugasan animasi kita , di mana animasi tersebut akan melakukan pergerakan bermula dari frame 1 sehingga frame ke 50. 


6. Seterusnya, right klik di mana2 ruangan frame di antara frame 1-50. Saya memilih untuk right klik pada frame 25, kemudian pilih Create Motion Tween. Didapati pada Timeline warna layer 1 telah bertukar dari warna kelabu ke warna biru muda.  






7. Seterusnya kita akan melakukan pergerakan (animasi). Saya akan membuat satu pergerakkan di mana Segi empat tersebut akan bergerak dari tengah ke penjuru bawah sebelah kanan. Caranya ialah dengan right click pada frame 25, kemudian pilih Insert Keyframe>Position. Saya memilih fungsi position kerana saya ingin mengubah posisi segi empat tersebut yang mana posisi asalnya ialah di tengah2 stage ke posisi lain.



8. Kemudian klik pada segi empat anda dan drag segi empat tersebut ke posisi baru (penjuru bawah sebelah kanan). Anda akan dapati satu garisan bertitik-titik akan muncul. Garisan tersebut di panggil garisan laluan, di mana ianya menunjukkan pergerakan yang berlaku dari frame 1 sehingga frame 50.


9. Sekarang animasi anda sudah siap. Untuk melihat pergerakkan animasi tersebut, tekan kekunci Enter atau CTRL+Enter pada keyboard anda.


Classic Tween


1. Penghasilan animasi menggunakan Classic Tween adalah tidak banyak berbeza dengan menggunakan Motion Tween. Pada layer Classic Tween, klik kanan frame 1, pilih Create Classic Tween. 



2. Kemudian pada frame 50, tekan F6 (Insert -> Timeline -> Keyframe).


3. Tarik (Drag) kotak Classic Tween ke sebelah bawah kanan.



 4. Anda lihat tiada garis putus-putus. Inilah perbezaan antara Classic Tween dan Motion Tween.




Perbezaan antara Motion Tween dan Classic Tween


No comments:

Post a Comment